dr-moto.com
Terkini      Profil
Print this pageAdd to Favorite

Program Dr-Moto 

Keselamatan jalan raya adalah sati isu bagi kita semua Rakyat Malaysia dan ianya bertambah kritikal sejak kebelakangan ini.  Statistik dari Ops Sikap telah mengejutkan ramai rakyat kita dan ianya telah memberi inspirasi kepada kami untuk mengeluarkan satu perancangan bertema ‘Kempen Keselamatan Jalan Raya Kreatif’ yang dituju khas kepada penunggang motosikal dan juga pengguna jalan raya yang lain.  Rancangan ini bertajuk DR. MOTO dan kami telah menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai mempromosikan rancangan  Dr.Moto dan perancangan yang berbagai-bagai adalah berterusan.

Perihal

Atas kesedaran terhadap ramainya rakyat Malaysia, terutama belia-belia Melayu, yang nahas di jalanraya, kami terpanggil untuk melakukan sesuatu, maka terilhamlah untuk membuat sebuah program khusus untuk tayangan di TV yang diberi nama Dr.Moto.

Program ini mempunyai matlamat khusus ia itu menyebarkan pengetahuan dan memberi kesedaran kepada penonton TV khususnya remaja kita terhadap keselamatan apabila mereka berada di jalan raya. Program Dr.Moto adalah program bergenre baru  berkonsep bicarawan / komedi yang di buat secara kreatif.

Kami diberitahu oleh pelawat-pelawat laman drmoto.com.my bahawa program sedemikian tidak pernah dibuat dimana-mana negara termasuk di negara barat termasuk Amerika dan Australia.  Yang ada rancangan khusus untuk penunggang motosikal adalah rancangan berbentuk pengembaraan dan riadah. 

Bagi menambah lagi peminat, beberapa laman blog / facebook yang berkaitan dengan Dr.Moto dibuka. kerana dengan cara ini dapat menambah lagi ‘fan base’ Dr.Moto.

Antara kelab-kelab moto di Malaysia dan  luar negara yang memberi sokongan terhadap usaha kami termasuk:

  1. Kelab RD Malaysia
  2. Super Bikers Malaysia
  3. Malaysian Bikers Community
  4. Crew of EX5
  5. Team LCR Honda; terutama pemiliknya Lucio Cecchinello.

Elemen 1 Malaysia didalam program ini meliputi segenap aspek dari pembikinan, penerbitan sehingga penghasilan produk  lengkap ini. Tenaga kerja dalam pembikinan Dr.Moto termasuk mereka dari pelbagai kaum yang betul-betul mencerminkan permuafakatan pelbagai kaum dalam konsep 1Malaysia. 

 



Produksi | Aktiviti-Aktiviti Lepas | Aktiviti sedang dijalankan | Laman Web | Media Cetak | Sokongan